Friday 30 October 2015

Group Assignment Entrepreneurship

1.0 PENGENALAN

Perkataan usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada seseorang yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Dalam Bahasa Inggeris, usahawan dapat ditafsirkan sebagai entrepreneur yang berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba (Rosli Mahmood et al., 2010). Penggunaan perkataan entrepreneur telah diperkenalkan oleh Richard Cantillon pada tahun 1775. Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.

Secara keseluruhannya, konsep keusahawanan membawa kepada perspektif yang sangat luas. Keusahawan merupakan satu aspek yang amat penting yang telah menyumbang kepada pendapatan negara kita. Dengan mempelajari ilmu keusahawanan, seseorang individu mampu untuk membuka perusahaannya sendiri walaupun secara kecil-kecilan.  

2.0 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  TASK 1(A)

2.1 BERORENTASIKAN KEUNTUNGAN

Usahawan yang Berjaya adalah seorang yang mampu merancang dan menetapkan matlamat keuntungan yang ingin dicapai. Seorang usahawan juga haruslah mempunyai keupayaan untuk memajukan perniagaannya. Justeru, mereka perlulah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa matlamat yang ditetapkan dicapai dengan memperoleh keuntungan yang maksima. Menurut Cole A. H., (1969), keusahawanan merupakan aktiviti yang bertujuan bagi memulakan dan membangunkan perniagaan dengan berorientasikan keuntungan. Oleh itu, setiap individu yang bergelar usahawan perlulah mempunyai sikap untuk memastikan setiap aktiviti keusahawanan yang dijalankan sentiasa berorientasikan keuntungan yang ditetapkan.

Salah seorang usahawan yang mempunyai ciri ini adalah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Beliau juga juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda. Beliau berasal dari kehidupan keluarga yang sangat miskin dan telah dibawa oleh bapanya pada usia 12 tahun berhijrah dari China ke Pulau Pinang untuk bekerja disebuah kedai mekanik. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit,beliau kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Sehinggalah semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, Tan Sri terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masukke Malaysia. Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri berusaha dan telah berjaya dilantik sebagai pengeluar dan pengedar motorsikal Honda Motor Japan Limited di Malaysia.

Sebagai usahawan yang berjaya, Tan Sri dilihat sebagai seorang yang berorientasikan keuntungan apabila beliautelah Berjaya mecapai matlamat beliau dengan membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Ini juga dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Dengan terbinanya kilang ini pada tahun 1969, motorsikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat menjimatkan kos pemasangan dan jualan. Dengan sikap yang beliau yang berorientasikan keuntungan inilah yang memacu Tan SriDato’Loh Boon Siew untuk terus berusaha mencapai matlamat beliau sehingga Berjaya di dalam industri permotoran Malaysia.


2.2 KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN

Kesilapan dan kegagalan mempunyai peranan yang penting dalam proses pembelajaran bagi seorang usahawan,Kebanyakan usahawan mencerminkan bahawa mereka telah belajar dari kesilapan dan kegagalan untuk berusaha mendapatkan kejayaan. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Hassan (2007), kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa usahawan perlulah bijak dan tidak mudah berputus asa dengan kegagalan masa lampau untuk terus memajukan perniagaan mereka.

Salah seorang usahawan yang mempunyai cirri seperti ini adalah Dato’ Jimmy Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Mr. Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo sudah sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan kasut. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada bapanya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa. 
Selepas tamat pengajian, Jimmy Choo cuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Walaupun rekaan beliau telah mendapat liputan sebuah majalah fesyen terkenal di UK dan nama Jimmy Choo sudah dikenali, namun beliau masih kecewa kerana jualannya tetap merosot. Namun dengan sikap beliau yang tidak mudah berputus asa, beliau terus belajar dari kegagalan lalu dan berusaha dengan lebih keras lagi. Selepas empat tahun berlalu, nasib Jimmy Choo berubah apabila ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta denganrekaan Jimmy Choo.

Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya sangat memuaskan. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Pelbagai cabaran telah dilalui oleh Dato’ Jimmy Choo, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menjadikan jenama Jimmy Choo terus gah dimata dunia sehingga sekarang. Oleh itu, setiap cabaran dan kegagalan merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.

2.3 BERANI MENGAMBIL RISIKO

Menurut Faradillah Iqmar Omar & Samsudin A. Rahim (2015), Risiko perniagaan bermaksud kesediaan usahawan berhadapan dengan risiko perniagaan dan inovasi produk bermaksud kebolehan usahawan menghasilkan sesuatu yang berlainan, menarik serta berinovasi. Ini menunjukkan usahawan yang berani mengambil risiko ini adalah seorang mampu menukarkan sesuatu keadaan daripada tidak baik kepada suatu keadaan yang lebih baik atau sesuatu yang tidak berkualiti menjadi berkualiti

Seorang usahawan Malaysia iaitu Tony Fernandes mempunyai ciri-ciri ini. Beliau dilahirkan pada 30 April 1946 dan merupakan anak kepada keluarga campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka. Beliau merupakan  pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah atau kepada penduduk Malaysia dengan slogannya "Semua mampu naik kapal terbang
"


Fernandes dikatakan seorang yang berani mengabil risiko kerana beliau sanggup memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli sebuah syarikat pernerbangan yang telah muflis yang pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing, dan hutang sebanyak RM40 juta dengan harga seringgit pada 11 September 2001. Pada masa tersebut ekonomi sedang mengalami kemelesetan dan orang ramai berpendapat beliau akan kerugian besar dan muflis kerana tidak ada orang akan menaiki kapal terbang pada ketika itu kerana ekonomi yang tidak stabil. Walaubagaimanapun, selepas setahun AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsiadengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan menyebabkan beliau mampu memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. 

2.4 USAHAWAN YANG BERWAWASAN

Menurut Rosli Mahmood et. al usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat dan wawasan perniagaan itu bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya termasyhur di mata rakyat. usahawan yang mempunyai matlamat dan wawasan memprlihatkan bahawa beliau juga mempunyai impian dan cita-cita yang ingin dicapai pada masa hadapan (2010)

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman seorang usahawan yang mempunyai ciri ini. Beliau dilahirkan pada 03 April 1987di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang dan telah mendapat pendidikan di Taylor Collage. Beliau telah menubuhkansebuah syarikat yang bernama D'Herbs Healthy Marketing September 2010 dengan slogannya “terlajak laris”. Visi syarikatnya adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan



Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman memulakan perniagaan sejak kecil lagi secara kecil kecilan. Apabila perniagaan tersebut mendapat sambutan beliau mula menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah dengan menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Beliau kemudiaanya mula menyewa sebuah kiosk dipusat belibelah di Subang Jaya, Selangor untuk menjual produk kecantikan jenama terkenal. Kemudian beliau berfikir untuk mengeluarkan produk kecantikannya sendiri. Setelah membuat kajian beliau menggunakan semua simpanannya untuk menghasilkan produknya sendiri. 

Pemulaan produknya dikeluarkan, beliau  memandu sendiri untuk mengadakan promosi di seluruh Malaysia malah dia juga menjadi ejen pemasaran bagi produknya sendiri. Pada mulanya syarikat beliau hanya beroperasi di lot kedai tingkat dua dengan seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah,beliau juga mempunyai kilang penghasilan produknya iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. Dari kecil lagibeliaubesungguhsungguh dan berwawasan dalam menjadi usahawan yang berjaya walaupun pernah dicaci semasa menjual produk dari rumah ke rumah beliau tetap meneruskan usaha untuk Berjaya. Beliau mempunyai satu prinsip iaitu bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting.

2.5 USAHAWAN BERORENTASIKAN PASUKAN

Usahawan berorentasikan pasukan ini berkait rapat dengan usahawan itu sendiri dan  corak pengurusan kerja kakitangan dalam organisasi. Keberkesanan pembinaan pasukan (team building) dapat melahirkan kakitangan dan ketua yang mahir, berinovasi, kreatif, berdaya saing dan peka terhadap keperluan organisasi. Menurut Wan Idros Wan Sulaiman & Maizatul Haizan Mazbob, pembinaan pasukan ini dapat mempertingkatkan  lagi kekukuhan kemahiran kakitangan dari tiga aspek utama iaitu sikap, kemahiran dan pengetahuan (2012). 
Individu yang mempunyai ciri ini adalah Seorang usahawan Jepun iaitu Kiichiro Toyoda anak kepada Toyoda Loom Works pengasas Sakichi Toyoda. Beliau mengambil keputusan untuk mengambil Toyoda Loom Works dan mengubah menjadikan Toyota Motor Corporation sebuah syarikat pembuatan kereta. Kini syarikat Toyota merupakan syarikat penjualan kereta yang terbesar di dunia.

Kiichiro toyoda meletakan 14 prinsip asas dalam pengurusannya diantanya adalah  melahirkan pemimpin yang memahami kerja dan boleh mengajarkannya kepada orang lain, membangunkan pekerja dan pasukan yang luar biasa dan mengikuti falsafah syarikat dan pemimpin dalah organisasinya mestilah melihat dan memahami sesuatu keadaan yang berlaku dalam organisasi. Selain itu  syarikat Toyota ini mengamalkan sistem komunikasiHO-REN-SO.HORENSO adalah kata singkatan bahasa  Jepun iaitu Hokoku, Renraku dan Sodan yang bermaksud, Melapor, Berhubung dan Berunding. Hokoku (melapor), ahli dalam pasukan melapor kepada ketua mengenai tugasan yang penting seperti status kerja semasa, perubahan perancangan, dan hasil  kerja yang diperolehi. 

Manakala,  Renraku (berhubung), merupakan perkongsian maklumat diantara ahli. Ia membolehkan maklumat diterangkan kepada ahli pasukan untuk lebih memahami maklumat yang telah diperolehi. Hal ini untukmemastikan semua maklumat yang penting dalam membuat keputusan diketahui setiap ahli kumpulan. Seterusnya sodan (berunding),  Dimana pekerja dapat menerangkan situasi dan idea pekerja kepada ketua atau rakan sepasukan  apabila menghadapi situasi yang bermasalah untuk mendapatkan nasihat serta penyelesaian kepada masalah tersebut.

2.6 USAHAWAN YANG PROAKTIF

Menurut Covin & Miles (1999), proaktif merujuk kepada keupayaan sesebuah firma untuk meneroka dan mengenalpastii perspektif yang berfokus pada masa depan bagi membolehkan firma bertindak ke atas peluang yang telah dikenal pasti untuk produk, pasaran atau usaha teroka baru. Oleh hal yang demikian, kewujudan proaktif merupakan kunci kepada penggunaan keupayaan inovasi sesebuah firma.

Seorang usahawan Malaysia iaitu Datuk Wan Mohammad Sani Salleh mempunyai ciri-ciri ini. Beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat dari enam adik beradik dan berjaya menamatkan pengajian peringkat Diploma dalam PengurusanPerniagaan di Koleh Sunway. Beliau membuka sebuah syarikat iaitu Sani United Sdn Bhd dengan menjalankan perniagaan pengangkutan bas. 
Ciri-ciri proaktif Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah beliau berjaya membangunkan Sani United Sdn Bhd walaupun ditinggalkan oleh dua orang rakan kongsi kerana beliau yakin tentang permintaan pengangkutan bas pada masa depan.Selain itu, beliau mengambil dan menganalisi peluang untuk menambah keuntungan dengan menceburi bidang hotel dan telah berjaya membuka sebuah hotel di Kuala Lumpur dan akan membuka tiga lagi hotel di Terengganu, Melaka dan Kelantan. Seterusnya, beliau juga menyasarkan untuk memiliki aset melebihi RM1billion pada jangka masa 4 hingga 5 tahun akan datang dengan membuat pelaburan di sektor hartanah,hotel,terminal bas, perladangan,pengangkutan marin dan yang utama pengangkutan bas.

2.7 USAHAWAN YANG MEMPUNYAI RANGKAIAN 

Menurut Rosdi (2002),maksud rangkaian dalam keusahawanan ialah menjaga hubungan yang baik antara individu yang terlibat dengan perniagaan dan pelanggan dapat menjamin ketahanan seseorang usahawan dalam bidang yang diceburi.Manakala menurut Gartner and Bellamy (2009) jika seorang mempunyai satu hubungan rangkaian dengan orang lain maka ia akan bersambung ke orang seterusnya melaluai hubungan dengan orang pertama. 

Seorang usahawan Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin mempunyai ciri-ciri ini.Beliau dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.Beliau menamatkan pengajian di Sekilah Menengah Clifford,Kuala Lipis.Beliau memulakan karya sebagai penyanyi pada tahun 1995 sehingga sekarang.Beliau juga menceburi bidang keusahawanan apabila melancarkan produk kecantikan dan kosmetik dibawah syarikat beliau sendiri iaitu Simplysiti.
 
Ciri-ciri rangkaian Datuk Siti Nurhaliza ialah beliau berjaya mencipta produk kecantikan dan kosmetik dengan menggunakan kepakaran dari negara Korea Selatan.Selain itu,beliau juga berjaya menjual produk tersebut dengan menggunakan kepopulariti beliau sebagai penyanyi popular Malaysia.Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan syarikat televisyen yang memudahkan beliau untuk memasarkan produk beliau.Seterusnya,beliau juga berjaya membuat hubungan baik dengan syarikat Watson untuk memasarkan produk kecantikan dan hampir 200 cawangan Watson menjual produknya.Akhir sekali,hubungan dengan suami beliau yang merupakan usahawan yang berjaya dan berpengaruh membolehkan beliau mendapat sokongan dari orang yang terkemuka.

2.8 USAHAWAN MEMPUNYAI KEMAHIRAN PEMERHATIAN

Perniagaan yang diusahakan akan terus berkekalan sekiranya setiap usahawan mampu untuk menangani setiap permasalahan yang timbul. Menjadi usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kejayaan tersebut dapat dikecapi oleh usahawan yang gigih dan bersungguh-sungguh. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri daya pemerhatian yang tinggi sangat beruntung kerana usahawan tersebut mampu untuk menjaga perniagaannya agar berterusan. Usahawan yang kreatif  mempunyai daya pemerhatian yang baik terhadap persekitaran dan mampu mengenal pasti masalah, cabaran dan peluang yang tidak mampu dikenal pasti oleh orang lain. Tahap kepekaan yang tinggi menjadikan seseorang usahawan lebih berdaya saing berbanding pesaing (Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh, Siti Zahrah Buyong, 2008). Usahawan yang mempunyai daya pemerhatian juga dilihat mampu untuk mencari setiap peluang yang ada.                                                                                                                                                                                                    Bagi ciri-ciri usahawan pemerhatian, tokoh yang sesuai ialah usahawan hijab muda yang semakin meningkat naik sekarang ini iaitu Puan A’tikah Ash’ari atau lebih mesra dengan panggilan Ika. Beliau merupakan seorang pelajarjurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Beliau sebelum ini telah memulakan perniagaan sejak di universiti lagi secara kecil-kecilan melalui perniagaan atas talian lebih lima tahun lalu. Beliau dan suaminya memulakan perniagaan dengan berbekalkan modal sebanyak RM500 dengan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Lama-kelamaan beliau bertekad untuk mengeluarkan tudung keluarannya sendiri setelah melihat terlalu banyak permintaan daripada pelanggannya.

Melalui pemerhatian yang dilakukan beliau telah mengeluarkan fesyen hijab tempatan yang cukup terkenal dan sinonim dengan pelanggan yang gemarkan perniagaan secara atas talian dengan jenama Radiusite Enterprise yang beroperasi di Selangor. Pelanggannya telah melibatkan hampir ke serata Asia seperti Singapura dan Brunei(Nona, 2014). Setiap pelanggan dapat melihat rekaan Radiusite melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Blog. Rekaan tudungnya yang sentiasa mengikut perubahan semasa dan juga arus fesyen telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang membuat pemerhatian dalam memajukan perniagaannya. 

3.0 USAHAWAN YANG PALING BERJAYA. TASK 1 (B)
Negara kita mempunyai ramai tokoh usahawan yang berjaya dalam semua bidang seperti fesyen,kosmetik,perniagaan,pembinaan dan juga penerbangan.Dalam bidang penerbangan,tokoh usahawan yang cukup terkenal dan tidak asing lagi ialah Dato ' Tony Fernandes yang menjadi peneraju utama kepada syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia iaitu Air Asia.Beliau mempunyai ciri-ciri seperti berwawasan,pemerhatian,berani mengambil risiko,berorentasikan keuntungan dan menggunakan kegagalan sebagai pilihan.

Dato’ Tony Fernandes merupakan seorang usahawan yang berketurunan India telah dilahirkan pada 30 April 1964 yang kini berumur 51 tahun. Keluarga beliau merupakan sebuah keluarga campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapanya merupakan seorang yang berketurunan Goa iaitu Dr. Stephen Edward Fernandes manakala ibunya berbangsa Portugis Melaka iaitu Ena Dorothy Fernandez.Peneraju utama Air Asia ini sejak kecil lagi telah menunjukkan minatnya dalam bidang usahawan apabila sering mengikuti ibunya ke majlis para peniaga Tupperware. Pada usia yang cukup muda iaitu ketika 13 tahun, beliau telah melanjutkan pelajarannya di sebuah sekolah di England sehingga seterusnya pada tahun 1987 beliau telah lulus di London School of Economics.

Usahawan berketurunan India ini telah memulakan alam pekerjaannya di Virgin Atlantic sebagai seorang auditor sehingga kemudiannya pada tahun 1989 beliau menjadi pengawal kewangan di sebuah syarikat yang dimiliki oleh Richard Branson. Setelah sekian lama berada di luar negara, beliau telah kembali ke Malaysia dan dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd, sehingga beliau menjawat jawatan vice presiden disyarikat tersebut. Beliau berkhidmat di syarikat tersebut daripada tahun 1992 sehingga 2001. Pada 2001 DRB-Hicom, menjual Tune Air kepada Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja bersama dengan tanggungan hutang 40 juta. Tony Fernandes pada ketika itu dengan beraninya membeli syarikat tersebut dan kini sayarikat tersebut telah dikenali ramai dengan nama Air Asia sebuah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. 

Salah satu ciri yang ada pada beliau yang membolehkan beliau berjaya seperti sekarang adalah beliau merupakan seorang usahawan yang berwawasan. Tony Fernandes membeli DRB-Hicom yang pada masa ini telah munflis dengan membawa satu wawasan, iaitu untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan tambang murah dan menjadikan perjalanan udara yang lebih mampu kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan wawasan tersebut beliau dengan rakan-rakannya telah merombak semula segala sistem dan tambang Tune Air, malah beliau juga turut menukar nama Tune Air kepada Air Asia. Hasil rombakan semula dan pengurusan yang sistematik oleh Tony, syarikat penerbangan yang sebelumnya hanya mempunyai 2 buah kapal terbang Boeing tetapi kini terdapat lebih 150 Airbus A320 dan 200 pesanan untuk A320neo baharu telah dibuat. Hasil daripada wawasan yang dipegang tony ini telah membolehkan syarikat beliau mendapat pencapaian yang paling membanggakan iaitu memenangi anugerah 'Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia' Skytrax selama 7 tahun berturut-turut.
Seterusnya, ciri yang ada pada Tony Fernandes adalah berani mengambil risiko. Risiko merupakan suatu aspek yang penting dalam pembangunan diri usahawan. Dari sudut teorinya, semakin tinggi sesuatu risiko yang dipertaruhkan, semakin besar pulangannya. Seseorang usahawan harus bijak dalam membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat (Rosli Mahmood et al., 2010)

Bagi mendapatkan lesen penerbangan, beliau telah bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dato’ Tony telah menyatakan hasratnya untuk berbincang mengenai keinginannya untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan. Mantan Perdana Menteri telah menerima baik cadangannya itu, tetapi Tun Dr. Mahathir telah memberi pilihan kepada Dato’ Tony Fernandes untuk mengambil alih dua buah syarikat penerbangan yang sedia ada namun menghadapi kegagalan.Hal ini telah menyebabkan beliau berfikir panjang untuk membeli syarikat tersebut. Namun begitu, pada 8 September 2001, beliau dengan beraninya telah membeli syarikat penerbangan tersebut dengan harga RM1 yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM40 juta dan dua buah pesawat serta254 kakitangan. Setelah AirAsia mampu berdiri dengan teguh, syarikat ini telah membahagikan tugas masing-masing dengan Dato’ Tony Fernandes sebagai peneraju utama, Datuk Kamarudin Meranum sebagai Pengarah Eksekutif AirAsia, dan Datuk Nasser Abdul Kassim sebagai Pengarah Rantau Kargo AirAsia. Kini Air Asia merupakan sebuah syarikat penerbangan yang berjaya. Menurut Dato’ Tony Fernandes, AirAsia telah berjaya diselamatkan disebabkan oleh kontraknya dengan Tabung Haji yang diwarisi oleh DRB-Hicom. Menurut beliau lagi, hasil keuntungannya itu telah digunakan untuk membayar balik segala hutang yang dimiliki oleh syarikat penerbangan tersebut(Fernandes, 2009).

Seterusnya, Tan Sri Tony Fernandes juga dilihat sebagai seorang yang berorientasikan keuntungan. Ciri ini dapat dilihatpada beliau apabila beliau memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada pelanggan khususnya penduduk di Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Untuk mendapatkan servis penerbangan dengan tambang yang murah. Beliau tidak melihat keuntungan dari segi kewangan semata-mata, tetapi lebih mengutamakan kebajikan dan keselesaan pelanggan. Beliau juga akan sentiasa berusaha sedaya upaya dan tidak pernah mengalah agar matlamat untuk menyediakan penerbangan tambang murah itu tercapai walaupun ramaiorang menggelarkan beliau “gila” dengan idea sebegitu. Walau bagaimanapun, beliau tetap menganggap menjalankan perkhidmatan tambang rendah masih lagi boleh mencapai keuntungan, sebab itu beliau membuat keputusan untuk meneruskannya. Hal ini menyebabkan, beliau dilihat sebagai seorang yang berorientasikan keuntungan kerana beliau masih melihat impian untuk menyediakan perkhidmatan tambang murah dan sentiasa bekerja keras mencapai hasratnya walaupun beliau banyak menghadapi pelbagai krisis dan masalah.

Selain itu, ciri melihat kegagalan sebagai satu pilihan juga dapat dilihat melalui sifat yang ditunjukkan oleh Tan Sri Tony Fernandes. Ketika beliau mengambil alih Air Asia, syarikat tersebut mempunyai tanggungan hutang yang amat tinggi dan memaksa beliau menghadapi krisis kewangan. Walaupun beliau membeli AirAsia dengan hanya RM1, tetapi beliau masih memerlukan kos pengurusan dan masih mempunyai hutang sebanyak RM40 juta. Oleh itu, beliau telah memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Beliau juga tidak pernah mengalah dan sentiasa belajar mencari penyelesaian untuk menstruktur semula masalah kos pengurusan yang ditanggung dengan menggunakan pelbagai cara alternative seperti mencontohi sistem penerbangan yang terdapat di Amerika Syarikat (Southwest Airline). Oleh itu, kegagalan dan rintangan yang dihadapi oleh Tan Sri Tony Fernades bukanlah penghalang untuk beliau merealisasikan impiannya sehinggalah beliau berjaya. Tan Sri Tony Fernandes, melihat kegagalan dan rintangan sebagai satu motivasi dan peluang untuk beliau memajukan lagi bidang perniagaannya.

KESIMPULAN

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita haruslah mempunyai beberapa ciri-ciri usahawan seperti berorentasikan keuntungan, kegagalan adalah satu pilihan, berani mengambil risiko, usahawan yang berwawasan, usahawan yang berorentasikan pasukan, usahawan yang proaktif, usahawan yang mempunyai rangkaian dan mempunyai kemahiran pemerhatian.Dengan adanya beberapa ciri itu dalam diri kita, sudah pasti kita akan menjadi seorang usahawan yang berjaya.

RUJUKAN

Faradillah Iqmar Omar & Samsudin A. Rahim (2015). Penyertaan Digital Dan Ciri Keusahawanan Dalam Pemeriksaan Usahawan Wanita Di Malaysia.

Rosli Mahmmod, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli Mohd Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Ahmad Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Shukri Bakar, Shiza Sa’atar, Lily Julenti Abu Bakar & Habshah Bakar,(2010), Prinsip-prinsip Keusahawanan Pendekataan Gunaan Edisi Kedua, Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd

Wan Idros Wan Sulaiman & Maizatul Haiza Mahbob.(2012),Analisis Keberkesanan Pembinaan Pasukan (Team Building):Impak Keatas Sumber Daya Manusia.Malaysia:Universiti Kebangsaan Malaysia


Cole, A. H. (1969). Definition of entrepreneurship. In J. C. Komives (ed.). Karl A. Bostrom. Seminar in the study of enterprise. Milwaukee Center for Venture Management, 10-22. 


Prof.Madya Dr.Mohd Hassan.(2007).Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit Mikro di Negeri Johor

Covin, J. G. & Miles, M. P (1999). Corporate entrepreneurship and the pursuit of competitive advantage: Entrepreneurship Theory & Practice 23(3): 47-63

Rosdi(2002),Faktor-faktor Kegagalan Usahawan Melayu,Johor Bahru:Majlis Amanah Rakyat,

Gartner, W. B. and Bellamy, M. G. (2009) Creating the Enterprise
        Mason, Ohio: Thompson, Inc. p. 85

Fernandes, D. T. (2009, Januari 29). Kejayaan AirAsia. (K. P. Sinar, Interviewer)

Rosli Mahmood et  al.(2010).Prinsip-prinsip Keusahawanan.Kedah:Cengage Learning Asia Pte Ltd



.